Rabu, 9 September 2009

Kuil kecik kuil besor ..

salam mamamat,

posting mamamat sebelum ni tanya knp PR melayu lemah? knp PAS & PKR masih gagal tawan melayu. saya x fikir umno adalah sebabnya. saya juga x fikir ketuanan melayu adalah sebabnya. zaman ini zaman globalisasi. semua rakyat dah celik teknologi & celik sosiologi. org kampung pun baca blog mamamat.
yang merunsingkan org melayu, baik dlm PAS, PKR mahupun umno (yang masih ada iman) ialah telatah rakan bukan Islam kita ni. saya sering mengelak dari berbincang soal ini kerana matlamat utama kita memperkukuh PR. tapi kalau saban hari makin teruk rakan2 bukan Islam kita ini hentam org melayu & Islam, nak perkukuh mcm mana?? sanggup kah kita dituduh ekstrimis agama mcm taliban kalau kita sebut nak laksana hukum Islam pun DAP dah melenting? sanggupkah kita berdiam bila org India minta buat kuil di kwsn majoriti org melayu? ini bukan soal hak melayu lagi mamamat tapi soal sensitiviti. sama la kalau kita tengok cina bela babi tepi rumah kita apa rasa? tengok shj di shah alam tempoh hari. barulah nampak pemberontakan melayu yg sebenar. toksahlah cakap ia didalangi umno. mari berdepan dgn situasi sebenar, iaitu kita org melayu sedang dlm dilema. menerima PR bermaksud akan ada banyak lagi pemberontakan2 spt ini berlaku dlm msyrakat. bukan Islam semakin meminta itu dan ini dari PR. memilih umno bermakna bukan Islam boleh tutup mulut, kembali ke zaman mahathir dulu. tapi masalah korupsi membelenggu pula umno ni. jadi kita semua dlm dilema...

dan, yg paling mengerikan, PR selangor akan jatuh PRU13 nanti. saya rasa org melayu akan bangkit seperti 13 mei 69 dulu tapi kali ini di peti undi. mcm saya katakan tadi, zaman ini semua dah celik...

Exedy

Tima kasih sdra Exedy.

Teman akui apa yang Exedy tulih itu betui. Teman tak perlu pegi hingga ke Shah Alam. Di tempat teman, di taman teman yang langsung tidak ada pemilik atau penyewa beragama Hindu, kuil keciknya ada di depan rumah teman. Tetiap malam nampak apinya. Mula2 dulu kecik. Ler ni nampak udah besor dan bersimen. Kuil kecik ini didirikan di rezab sungai. Walhal kuil besar deme ada di seberang jalan utama. Tidak sampaipun 1km dari kuil kecik itu. Alasan mereka ialah di tapak taman ini dulunya ada kuil kecik. Oleh kerana tapak itu telah didirikan rumah, maka kuil itu mereka pindahkan ke tepi sungai. Dalam pelan memang takde kuil. Teman beli rumah kerana lokasinya beradap padang. Agaknya deme dirikan kuilpun kerana ada padang. Hilang privacy teman. Udah jenuh teman mengadu hal secara lisan dan bertulih kepada majlis daerah dan JPS. Tapi deme buat nohin jer. Teman tanam pokok nyor ataih padang, majlis cabut, tapi kuil tu tak pulak deme cabut. Tempat teman dulunya kuat UMNO, tapi UMNOpun tak mampu nak settle. Takat bising sesama kita jer. Peronjang per bising sesama kita?

Bila teman nengak apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, teman tumpang seronok. Masalah yang tak boleh diselesaikan oleh BN, sedang cuba diselesaikan oleh PR. Pindahkan kuil di seksyen 19 ke 23. Mengamuk 23. Orang Hindupun biut. Tak nak tempat lain. Nak tempat itu juga. Situ senang sebab ada jalan. Sekarang baru deme tahu betapa tak sukanya orang Melayu pada kuil. Harap2 lepaih ni takdeler deme biut lagi. Selama ini deme yang beragama Hindu ikut suka deme jer nak taruk kuil kat mana. Konon dapat mimpi yang tuhan deme suruh buat kuil di situ.

Iktibar dari kisah ini, tentuler orang India tak berani nak mintak yang lebih2 lagi. Selama ini mereka dilayan dengan agak sempurna oleh UMNO. Selama ini deme dibela oleh Samy. Maklumler deme adalah minority di Malaysia. Kalo deme soh jer, takdeler nampak yang deme tu kuat dan ramai. Yang deme marah Samy tu sebab Samy songlap duit deme. Tapi tang lain Samy tetap jaga kepentingan India di Malaysia.

Berbalik pada isu Seksyen 23 tadi. Kuil di Seksyen 19 akan tetap dipindahkan. Sekarang orang India udah paham bahawa deme tak boleh pindahkan kuil ke tapak yang deme hendak. Nak tak nak deme kena akur dengan keputusan MB Selangor. Usaha dan keputusan PR Selangor dalam menangani hal ini seharusnya dipuji. UMNO langsung tak usaha walaupun dimulut deme yang UMNO ni jaga Melayu. Bahkan UMNO tak ngaku yang memberontak tu ada kaitan dengan UMNO. Sah orang UMNO. Tapi UMNO kata deme bukan mewakili UMNO. Maknanya UMNO tak prihatin akan kesengsaraan ahlinya. UMNO masih takut nak menyinggung hati dan perasaan Samy. UMNO hanya nakkan undi orang India. Orang Melayu biornyeler. Tentu sokong UMNO punya.

Kepada sdra Exedy, antara PR dan UMNO di Selangor, siapa yang cuba menyelesaikan masalah? Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah, memang akan ada masalah baru sebelum masalah asal dapat diselesaikan. Memang nampak macam Melayu diabaikan, tetapi sekurang2nya PR mencuba memartabatkan semula Melayu di Malaysia ini.

Untuk teman pulak, nyampang MB DPulau sedang berkuasa di Perak, selesaikanler kuil kecik depan rumah teman ni. Ada beraniker?

2 ulasan:

  1. Yob,
    Ini kali pertama Yong lawat rumah mike sejak mike pindah rumah baru. Ghopenya mike dah pindah naik rumah mobile (heikopter). Mane pegi dango tu?

    Tentang kuil tu, kot mike pegi ke Mid-Valley mike akan nampak satu kuil yang besar gak dan colourful. Yong terpikior, berapa ramai penganut hindu yang tinggal di Mid-Valley sehingga ade kuil kat situ? Takde pulak ameno bising supaya kuil tu dipindahkan atas alasan tak cukup peratusan penganut hindu kat situ?

    Kot mike pegi ke Manjoi, mike akan jumpa satu kuil terletak ditengah simpang macam sebuah pulau. Kuil ini terletak antara jalan ka Slibin, Meru dan Manjoi. Apesal ameno Manjoi tak bising?

    Yang dok sokong ameno tu Yong memang tak faham. Yong ade kekawan yang begitu. Deme ni pun intelek juga. Jenuh Yong berdebat dengan deme. Asyik2 faktor ketuanan Melayu. Ade gak yang boikot PRU12 dulu sebab konfius. Yong pikior, dari pangkah BN biorle deme boikot je pilihanraya.

    BalasPadam
  2. Usah mike haghap yop.. x de mane beghaninye MB dPulau tu... diye lagi nak nyage ati puak2 tu.. dah ghope adik beghadik je teman nengoknye... (tapi teman idokle bersmgt perkauman pulok, ye..)

    BalasPadam