Khamis, 10 September 2009

Bulan2 pose ni, kena sabor yang ....

Petang tadi teman balik lewat. Dekat pukui enam baru sampai rumah. Tak sabor nak mandi. Badanpun udah melengaih. Maklumler 12 jam tak mandi. Kalo mandi mesti segor badan. Sebaik melangkah masuk, nampak isteri teman monyok jer. Ape keheinye pulak ni? Rase2nye sejak pose ni takde pulak teman buat dia marah. Takkanler dia kelahi dengan anak sampai jadi murung semacam jer. Anak2 ada yang nengak tv. Ada yang depan laptop. Yang jantan bongsu tu pulak tengah ngerebik beg. Ntah apeler dicarinye.

Teman pegi dekat isteri. Teman nampak mate isteri teman berayor. Teroyak rupanye dia. Tapi teroyak tak bunyi. Kalo ade bunyipun, bunyi yang kuar ikut hidung. Hek, hek jer.

"Iniler payahnye kalo pompuan jadi pengetua", tak sempat teman duduk, isteri teman udah mula bagitahu sebab aper dia teroyak.

"Pengetua panggil tadi", isteri teman mula mengadu.

"Pengetua marah sebab dapat jadi pemeriksa paper exam bebudak matrik. Pengetua suruh tolak. Pengetua kata kalo marking paper spm takperler".

"Kalo terima, ape pengetua boleh buat?", tanye teman.

"Kena ambik cuti khas yang tujuh hari tu sebab markingnye berpusat. Lagipun matrik bukannye keluarga sekolah. Kalo cuti udah abih, potong gaji".

"Potong potongler", teman menyampuk.

Panjang berjela lagi. Teman ringkaskan camniler.

Isteri teman ni cikgu matematik tambahan di sebuah sekolah menengah. Udah 15 tahun jadi cikgu di sekolah yang sama. Pernah menjadi pemeriksa paper matematik SPM dan PMR. Enam tahun lalu dapat master dalam matematik. Piau matematik. Setiap hujung minggu ke USM. Tak ambik biasiswapun. Abih sajer master dia mintak ngajor di matrikulasi. Tapi pengetua tak sokong. Dia mintak ngajor tingkat enam, tapi sekolah dia takde tingkat enam. Borang ngajor tingkat enampun pengetua simpan. Apabila ditanya, pengetua kata isteri teman tak layak memohon. Isteri teman bacakan satu2 syarat layak memohon, baru pengetua senyap. Itupun dia perleceh kalo dapatpun, kena ngajor di Sabah dan Sarawak jer. Di negeri tu jer yang kosong. Isteri teman kata bolehler ke Sarawak. Sehingga hari ni takde jawapanpun. Entah2 pengetua tak panjangkan borang permohonan tu.

Isteri teman pernah kata alangkah ruginye kalo ada ilmu tapi tak digunakan. llmu matematik yang ada pada dia boleh mengajor matrik dan tingkat enam. Isteri teman suka bebenor mengajor. Dia bukannya nak pangkat. Jadi guru kananpun dia rungsing. Dia bukan nak jaga cikgu. Dia nak jaga budak jer. Tak naik gredpun takper, janji boleh ngajor matrik.

Dua bulan lepaih isteri teman tulih surat memohon menjadi pemeriksa paper matematik matrik. Alhamdulillah dapat. Bahagian Matrikulasi memaklumkan tawaran tersebut kepada pengetua. Pengetua mulaler melenting. Pengetua tak mahu isteri teman pindah selagi dia jadi pengetua di sekolah ini. Ada suara yang memberitahu bahawa pengetua mengungkit apa lagi yang isteri teman ndak. Melintang udah dibagi. APC RM1000pun udah dibagi. Siap jadi guru kanan lagi.

Takkanler pengetua tak tahu yang isteri teman mahukan kepuasan mengajor.

"Ituler silap ayang juga", teman mula bersyarah.

"Yang buat kojer sekolah lebih2 sangat buat aper? Beria2 sampai takde cuti. Hari cutipun duduk sekolah. Sebab ayang rajinler pengetua tak nak lepaihkan. Cubaler lepaih ni buat tak gheti jer. Datang sekolah ngajor jer. Kojer lain hajabkan. Kalo buatpun, buat bagi cukup syarat jer".

"Tak dimahunye. Memang nak buat camtu, tapi rase semacam jer", jawab isteri teman.

Akhirnya teman tak sempat mandi. Tapi takper. Janji isteri teman udah tak teroyak lagi.

"Jom masuk keter. Kita berbuka pose kedai mamak".

"Takkan kedai mamak abah", keluh si jantan bongsu.

"Mamak, teh terik satu. Komtar punya".




5 ulasan:

  1. silly komen from me,,,,,,, PENGETUA MANGKOK HAYUN nama nya tuuuuuu,,,,,,,,,!! pasti PENGeTUA U TUTOK UBN,,,,,!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. kah kah

    masalah yg same lebih korang dengan orang betine yg ngajo Kejuretaan Elektrik di Universiti Awam, sabor aje le mamamat, tak caye tanya dr. wahab yg udah berpuluh tahu bergelemak kat IPTA. he he

    BalasPadam
  3. ish.. tak pun pengetua tu (dah tua ke dia?? :) ) jenih yang cemburu tak??? tak gemo nengok orang lain melebih2...

    BalasPadam
  4. Salam Mamat..

    Pengalaman aku, waktu bini aku kena mengajar di Pengkalan Bharu Pantai Remis tahun 2002, selepas habis belajar PJJ, disebabkan tak kamcing dengan PPD Manjung kenalah tukar kat Pengkalan Bharu, sedangkan sekolah Menengah di sekitar Manjung dan Stiawan banyak yang kosong, setelah lebih 5 tahun berulang mengajar di Pengkalan baru yang jauhnya 45 km pergi balik dan 90 km..bini aku minta tukar balik ke Manjung, jawapan PPD Dukacita, Tugas Anda diperlukan lagi....masuk tahun ke 6 pun sama juga jawapannya,,,,

    Bini aku minta aku pi merayu kat PPD, seorang drp Timbalan PPD (Sarman) dengar ceritanya samseng sikit, jadi malas aku nak pegi, kang nanti merayu kemana aku yang mengamuk kat sana....last sekali aku ambik keputusan buat surat karangan bagiuh punya aku hantar kat Najib waktu tu TPM, Kem Pendidikan, JPN Perak dan NUTP, semuanya pakai email...
    Seminggu lepas itu Puan Loke S/U NUTP talipon rumah aku, terkejut beruk bini aku, dia tanya bini pasai apa aku hantar email kat Najib, bini aku jawab memang dia tak tau aku buat semua ni....memang bini aku tak tau pun. Aku jawab kat NUTP sebabnya waktu Najib jadi Menteri pelajaranlah ia suruh guru-guru buat Ijazah, bila dah ada kenapa disuruh tukar jauh-jauh, kalau tak nak terima tak dapat jadi Guru DG41..

    Bila awal tahun bini aku masuk sekolah balik, Pengetua terus panggil bini aku, mengamuk sakan pengetua (perempuan juga), rupanya kes ini dah kecoh, JPN dah turun siasat betul atau apa yang aku tuliskan...rupanya selepas siasatan dibuat memang PPD pendam aja permohonan guru-guru yang minta tudar dalam daerah, memang dia tak layan kalau setakat isi borang kemudian tunggu jawapan,, memang tak dapat la,,, ia jenis kena pi berperang kat PPD baru dapat..atau pun aktif dalam UMNO, kalau aktif UMNO setahun mengajar pun boleh tukar, siap boleh pilih sekolah lagii.... bila dah terbongkar maka ramailah guru-guru yang mengajar di pangkor, Beruas dapat tukar balik ke Manjung.. ada guru yang tahu kes ini aku yang buat, mereka siap telefon rumah ucap terima kasih, tetapi bini aku masih juga tak dapat tukar, sebabnya ramai lagi yang lebih lama dari bini aku pun belum dapat bertukar.
    Penghujung 2007 Pengetua siap tanya kat bini aku dah isi belum borang tukar... takut aku buat hal lagi,,, rupanya sebelum ini pun Pengetua hanya bagi sokongan bersyarat untuk tukar keluar...
    Sehinggalah waktu aku kat Mekah hujung 2007 anak aku telefon bagi tau bini aku dapat tukar ke SMK Seri Samudera... mungkin doa kat Mekah barulah dimakbulkan kut....

    BalasPadam
  5. tu sebab tak leh guna nama pengetua...tukar guna nama pengemuda pulak.. baru ada akai untuk berpikior..!

    BalasPadam