Isnin, 7 September 2009

Terima kasih kepada Sham Gerik

Pada hari Rabu, 2 September 2009 telah berlangsung Sidang DUN Perak di Hotel Heritage. Ketika teman sampai, persidangan sedang berlangsung. Keesokannya pada 3 September, teman mahu menulih perihal suasana di luar Hotel Heritage, tetapi dango teman telah digodam. Hilang mood menulih. Draf Cerita Seorang Cina Siri 3 dalam dango lenyap begitu sahaja. Tak sempat dipublish.

Lepaih teraweh Jumaat malam Sabtu teman gherodi geogle. Terharu teman apabila mendapati banyak tulisan teman di blog2 lain walaupun teman tak peghonah masuk ke blog tersebut. Bahkan gambar2 suasana pengkebumian Arwah Hj Roslan Saharum milik teman turut dimuatkan dalam Malaysia Today. Tima kasih kepada semua blogger dan pembaca yang memanjang sebarkan tulisan dan gambar di blog kalian. Semoga niat baik kita dicatat pahala oleh Allah wajalla.

Dalam usaha teman cuba create dango baru, rupanye dalam diam2 sahabat teman Sham Gerik penggendali blog PKR Gerik http://keadilangerik.blogspot.com/ telah bersusah payah mengorbankan sedikit masa dan tenaga tanpa bayaran menyediakan dango baru untuk teman di http://dangomamamat.blogspot.com/ . Seingat teman, teman baru dua kali terserempak dengan Sham Gerik. Kali terakhir keme berlabun ialah di malam pengiraan undi PRK Bukit Gantang. Alhamdulillah dengan kehendak Allah, teman hilang satu dango tapi sekarang udah ada dua dango. Tima kasih Sham. Tima kasih MSK.

Buat sementara waktu ini, kedua2 dango iaitu Dango Mamamat dan Menara Dango Mamamat akan menggunakan kandungan yang sama. Sekiranya ada kengkawan pembaca yang menghantar email dan mahu artikelnya disiarkan di Dango Mamamat, teman akan siarkan. Artikel tersebut akan disiarkan bersama dengan alamat email pengirimnya.

Email teman ialah jantantuya@yahoo.com, dangomamamat@yahoo.com dan dangomat@gmail.com.

Kepada semua pengunjung, selamat menjalani ibadah puasa.

3 ulasan: